Homestay dekat Stadium Sultan Ibrahim, Stadium Baru JDT

jdt-stadium-baru-sultan-ibrahim-rumput Zeon Jepun-piala sumbangsih 28 Februari 2020-homestay dekat stadium

Homestay dekat Stadium Sultan Ibrahim, Stadium Baru JDT

jdt-stadium-baru-sultan-ibrahim-capt-anizam-piala sumbangsih 28 Februari 2020
Sumber foto : FB Johor Southern Tigers

Bagi anda yang mencari homestay dekat dengan Stadium Sultan Ibrahim, iaitu Stadium baru JDT dan tercanggih kini, homestay kami cuma 10 minit memandu ke sana. Buat fans Piala Sumbangsih anda boleh menempah homestay kami bermula dari sekarang ya.

Serba sedikit tentang Stadium baru ni:-

Stadium yang terletak di daerah Iskandar Puteri itu mula dibina pada 30 Januari 2016 dan dijangka siap pada Januari 2020. Menurut sumber, kos bagi membina stadium ini adalah sebanyak  RM200 juta, di mana stadium itu mempunyai kemampuan untuk menempatkan  40,000 penonton dalam satu-satu masa. Tempat letak kereta juga disediakan di bahagian dalam kawasan stadium dan juga bahagian luaran stadium.

Bagi fans bola sepak jangan lambat menempah ya, kerana dijangkakan fans bola dari seluruh negara akan memenuhi stadium dengan agak ramai kerana tarikannya sebagai stadium terbaru di Malaysia yang akan menjadi tuan rumah kepada Piala Sumbangsih.

jdt-stadium-baru-sultan-ibrahim-rumput Zeon Jepun-piala sumbangsih 28 Februari 2020
Sumber foto : FB Johor Southern Tigers

Selain itu lokasi stadium yang cuma 15-20 minit ke Legoland Malaysia juga menjadikan ia tarikan kepada pengunjung dari luar Johor, menyelam sambil minum air, sambil tonton bola, peminat bola juga boleh membawa keluarga berkunjung ke Legoland Malaysia. Kalau tidak pun boleh membawa keluarga bersiar-siar ke taman Puteri Harbour yang juga cuma 20 minit pandu dari Stadium baru ini.

Juga jangan lupa, buat fans bola dan JDT amnya Liga Super Malaysia 2020 juga akan bermula sebulan selepas Piala Sumbangsih 2020. So Piala Sumbangsih akan menjadi titik bermulanya lain-lain piala kejohanan bola yang akan berlangsung di stadium yang tercanggih ni.

Anda juga boleh ke website homestay lain iaitu https://homestaylegolandjohorbahru.com/blog/ Homestay ini juga cuma 10 minit memandu ke Stadium Sultan Ibrahim